Lebih 78 peratus pelajar Universiti Malaysia Sabah memilih untuk tidak pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri.
Pengetua Kolej Kediaman Fakulti Pertanian Lestari UMS, Nuraliya Shahrai berkata, mereka mengambil keputusan berkenaan secara sukarela selepas mengambil kira keperluan untuk menjalani kuarantin dan kos untuk melakukan ujian saringan COVID-19.